Wednesday 20 November 2013

DEBU-DEBU CINTA


10 tahun yang lalu
 Sebut saja pasal cinta, sedikit pun aku tak ada pengalaman dalam percintaan. Sedih bukan?. Diusia aku yang baru mencecah 17 tahun, aku masih lagi duduk dalam lingkungan duniaku sendiri. Masih tidak berjumpa dengan mana-mana cinta. Tidak seperti teman-temanku yang lain, Mimi, Ailin dan Flora, mereka ada kekasih hati. Aku pula masih ditakuk lama. Bukan aku tak ada perasaan cinta, tapi cinta yang tak hadir dalam hidupku.
 Dulu ketika aku ditingkatan tiga, aku pernah jatuh hati dengan seorang lelaki, iaitu rakan abangku sendiri. Namun seperti yang dijangkangkan, rakan abangku Ikhram namanya, langsung tidak memandangku. Dia hanya menganggap aku tidak lebih seperti adiknya sendiri. Sungguh aku kecewa tahap gaban. Betul-betul aku frust menonggeng.
 Tapi itu kisah dua tahun yang lalu. Bagiku tiada apa lagi yang perlu dingatkan semula. Biarlah menjadi kenangan aku sendiri. Malah aku taklah terdesak sangat inginkan seorang teman lelaki. Hidupku sekarang pun dah kira bagus tanpa seorang lelaki.
 Pagi itu aku bersiap ke sekolah seperti biasa. Aku turun kebawah lebih awal untuk membantu ibu yang sedang membuat sarapan. Bau nasi goreng menyengat rongga hidung.
“Wah sedapnya bau.” Pujiku.
 Ibu yang sedang leka memotong buah tembikai terperanjat.
“Ada-ada saja kamu ni Mar.”
 Aku tersenyum. Aku memang suka mengusik ibu. Sengaja mahu menghiburkan hati ibu. Aku menyalam ibu lalu mencium pipinya. Ibu membalas ciumanku.
“Along mana bu?” soalku.
“Dia pergi kerja awal hari ni katanya ada hal penting.”
“Ohh”
 Aku mencapai pinggan lalu menceduk nasi goreng yang ibu sediakan. Ibu turut duduk disebelahku. Aku turut mencedukkan nasi goreng ke pinggan ibu.
“Ibu harap Mar dapat buat yang terbaik SPM nanti.” Ujar ibu ketika aku sedang mengunyah nasi goreng.
“Insyaallah bu, Mar tak janji tapi Mar akan cuba buat yang terbaik.” Ujarku ikhlas.
Sekali lagi ibu mencium aku. Sungguh aku amat menyayangi ibu.
                                                                        *****

 Aku ke sekolah menaiki bas sekolah yang telah disediakan. Aku dan palajar lain terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan tempat duduk yang terhad itu. Kadang-kadang aku terpaksa bertengkar dengan pelajar lain untuk mendapatkan tempat duduk. Itulah rutin harianku hendak atau tidak terpaksa ditempuh.
 Sampai sahaja disekolah aku tergesa-gesa pergi kekelas. Mimi telah menungguku ditepi pagar. Kami pergi kekelas bersama-sama. Mungkin Ailin dan Flora masih belum sampai.
“Mar kau nak tahu tak aku dah clash dengan boyfriend aku?” kata Mimi selamba seolah-olah clash itu seperti makan kacang.
Aku memandang Mimi “kau tak sedih ke?”
“Hello Mar buat apa aku nak sedih lepas clash je, Si Adri budak form 6 tu terus nak couple dengan aku.” Ujar Mimi tanpa berselindung sambil mengilatkan kukunya.
Wah!! Laku sungguh kawan aku yang seorang ni. “serius?”
Mimi memandang aku.“Serius la buat apa nak main-main pulak.”
 Aku tersenyum sumbing. Sungguh mudah Mimi mendapat pengganti. Sedangkan aku masih tercari-cari cinta sejati.
                                                *****
“Korang tolong lah aku, aku dah jatuh hati tahap gaban ni kat budak tu. Tolonglah cakap dengan dia” kata Flora pada suatu petang.
Aku yang sedang mengulangkaji subjek Bahasa Melayu terperanjat dengan kenyataan Flora. Manakala Mimi dan Ailin sudah menjerit.
“budak mana kami mana tahu” ujar Ailin.                   
“Alah yang comel-comel tu macam muka Adam Af tu”
“Maksud kau Si Randy tu ke?” kata Mimi sambil menutup mulut.
“Serius si Randy budak Sabah tu” jawabku pula.
 Flora tersenyum malu-malu. Manakala Ailin tergelak besar. Mimi seperti biasa bermuka selamba.
“Berita hangit ni. Sungguh hangit!” kata Ailin masih ketawa.
 Flora yang kehairanan melihat Mimi dan Ailin ketawa memandang aku. Dia menggunakan bahasa isyarat kepadaku. Aku mengangkat bahu tanda tidak mengerti.
“Korang kenapa ketawa?” Soal Flora lurus bendul.
Ailin dan Mimi memandang sesama sendiri. Kemudian mereka ketawa lagi.
“Korang cakaplah kenapa?” Flora masih tidak mengerti.
“Sebenarnya kami ketawa sebab kami tak sangka kau ada hati dekat budak tu, tau tak budak tu ahli kelab kebudayaan.” Hahaha
Aku tidak merasakan itu bahan jenaka. Tidak salah rasanya budak lelaki masuk kelab kebudayaan.
“Flora cari la budak lelaki yang gorjes sikit. Cari budak lelaki dari kelab Bola Sepak Sekolah.” Kata Ailin yang sedang berpacaran dengan seorang ahli kelab Bola Sepak Sekolah yang bermuka ala-ala jambu Fadhli Shas.
 Mimi pula menyambung “Paling cikai pun carilah budak lelaki dari Kelab Bola keranjang Sekolah.” Seperti yang diketahui umum Mimi juga sedang menjalinkan hubungan dengan Adri si atlet bola keranjang sekolah.
 Flora diam. Mungkin berkecil hati dengan usikan Ailin dan Mimi. Aku tidak mahu masuk campur. Kebetulan jam sudah menunjukkan keangka 5 petang. Aku mahu pulang dengan segera kerana aku sudah berjanji dengan ibu untuk membantunya menjual kuih-muih di pasar malam.
“Korang aku nak balik da ni”
“Alah cepatnya rileks la dulu.” Kata Mimi yang sudah terhenti tawanya. Begitu juga Ailin.
“Sorry la aku dah janji dengan Ibu aku nak tolong dia. Jumpa esok ok.” Ujarku sambil mengemas-ngemas buku lalu memasukkannya ke dalam beg.
“Aku pun nak balik jugak la. Bye!” ujar Flora mengikut langkahku.
 Dalam perjalanan pulang Flora hanya diam sahaja. Aku rasa aku tahu sebabnya. Pasti Flora berkecil hati.
“Flora kau ok ke? Diam je.”
Flora memandang aku. “Aku tak sesuai ke dengan Randy.”
Aku diam. Simpati ku tumpah pada Flora.
“Sesuai je aku tengok. Kenapa cakap macam tu?”
“Entahlah aku dah lama jatuh hati dengan dia, tapi aku tak tau nak luahkan macam mana.”
“Kau boleh tolong aku kan Mar cakap dengan Randy.”
Aku terpempan. Apa yang perlu aku buat. “Aku err... err aku...”
“Thanks Mar kau lah kawan aku didunia dan diakhirat.” Ujar Flora sungguh-sungguh sambil memelukku erat.
                                                              *****

 Seperti kebiasaan aku membantu ibu menjual kuih-muih dan lauk-pauk di pasar malam. Itulah hasil pendapatan keluargaku. Semenjak ayah meninggal lima tahun yang lalu kami hidup dalam serba kekurangan. Nasib baiklah along ada untuk menggantikan ayah untuk mencari duit dan sesuap nasi. Aku dan ibu pula hanya mampu menjual lauk-pauk dan kuih-muih sahaja. Dapat juga duit-duit belanja.
 Malam itu aku terpaksa berniaga seorang diri. Ibu terpaksa duduk dirumah kerana ingin menyiapkan baju-baju yang masih belum dijahit. Habis berniaga nanti Along akan menjemputku.
 Suasana di pasar malam itu memang ramai orang. Biasalah apabila duduk di KL hidup kena sentiasa cepat. Jadi mereka lebih suka membeli makanan segera sahaja. Di gerai aku pun tidak kurang hebatnya. Ramai juga yang datang membeli makanan. Tak menang tangan aku dibuatnya.
 Dan seperti biasa aku memandang seorang lelaki yang sejak tadi memerhatikanku. Sejak kebelakangan ini lelaki itu sering memerhatikannya. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk. Kemudian aku memandang lagi lelaki itu namun kelibatnya sudah tiada. Mujur lelaki itu sudah ghaib.
 Aku meneruskan jualan ku namun hal lain pula yang timbul.
 Tiba-tiba datang seorang lelaki ke geraiku  yang memakai kaca mata hitam. Pakaiannya sahaja sudah tahu dia anak orang kaya. Malah lagaknya juga macam tidak biasa dengan persekitaran disitu.
“Kak tolong bungkuskan saya lauk ayam masak merah ni Rm10.” Kata lelaki itu.
Wahh akak mamat ni panggil aku. Ingat aku ni da tua sangat ke. Umur aku 17 tahun la.
“RM10 tunggu sekejap ya.” Lemah lembut aku melayan mamat poyo ni.
 Selesai membungkus aku memberi bungkusan tersebut kepada mamat poyo tersebut. Dengan lagak kurang ajar lelaki tersebut hanya blah begitu sahaja tanpa mengucapkan terima kasih, mahupun shie shie atau paling tidak pun arigato kazaimas. Kurang asam punya lelaki.
                                                                            *****
 Seperti yang dijanjikan aku membantu Flora untuk memberitahu kepada Randy tentang salam perkenalan Flora. Memang nasib menyebelahi Flora dan aku kerana kebetulan Cikgu Shakir tidak masuk ke kelas kerana Cikgu Shakir masih demam. Aku pergi ke kelas tingkatan 5 Maju yang terletak di tingkat 3 bangunan B. Flora tersenyum-senyum memandang kelibat Randy yang sedang berbual-bual bersama rakan-rakannya yang lain.
 “Mar itu la Randy. Pergilah cakap dengan dia. Aku dah tak sabar dah ni.” Ujar Flora semakin tidak sabar.
“Sabarlah malu la kawan-kawan dia ada. Tunggu sekejap.” Balasku.
 Kebetulan Randy yang terpandang kelibat aku dan Flora terus bangun dan datang kearah kami. Ternyata senyuman Randy memang membuatkan Flora semakin tidak keruan.
“Hai cari siapa?” tanya Randy.
Aku tidak tahu ingin membalas apa.
Flora memijak kakiku. “Mar cakaplah.” Bisik Flora.
“Err sebenarnya saya cari awak Randy.”
Randy kehairanan “Cari saya.” Ujarnya sambil menuding ke dirinya sendiri.
“Err ya boleh cakap dekat sana tak” ujarku sambil menunjukkan kearah sebuah kelas yang agak kosong. Flora mengikutiku dari belakang.
“Yes nak apa?” soal Randy penuh bergaya.
Aku mula kelam kabut. Entah apa yang aku ingin katakan. “sebenarnya saya cuma nak sampaikan salam pada awak. Ada orang kirim salam dan nak berkenalan dengan awak.” Kataku sepantas kilat.
Randy terperanjat. 3 saat kemudian dia kembali tersenyum. “Ya ke, Siapa?”
Flora terjerit kecil. Riang hatinya.
Aku tersenyum. Nampaknya Randy juga seakan bersetuju. Hahaha bila si gatal bertemu si gatal. Memang huru-hara jadinya.
                                                                *****
“Mar bolehla eh, bolehla..” Flora masih tidak henti memujukku agar menemaninya pergi berjumpa Randy.
“Ni first date aku dengan Randy. Kau temanlah aku.”
Aku agak keberatan kerana jadualku agak sibuk. Aku harus membantu ibuku berniaga.
“Tak bolehlah Florawati Sofea bt Tajuddin , aku ada hal petang ni” kataku jujur.
“Sampai hati kau Mar. Lagipun hari ni hari sabtu. Kejap je kau temankan aku.” Flora masih tidak berputus-asa memujuk aku.
Tiba-tiba aku rasa kasihan. Tak apalah sekejap sahaja. Bukan selalu aku menemankan Flora.
“Boleh eh Mar.”
“Yalah-yalah. Tapi janji sekejap je.”
Flora mengangkat tangannya tanda janji. “I swear.”
                                                              *****
 Suasana di Tasik Titiwangsa itu riuh dengan kehadiran pengunjung tempatan dan para pelancong yang ingin menikmati suasana tenang di tasik itu. Malah angin sepoi-sepoi bahasa juga amat menyegarkan jiwa dan raga.
Aku dan Flora masih setia menunggu kedatangan Randy. Hampir 15 minit juga aku menunggunya. “Serius ke Randy nak datang.” Soalku.
Flora agak gelisah. “Ya kami da janji nak tunggu kat sini. Tak mungkinlah kan dia tipu.”
 Aku diam. Jika dalam masa sepuluh minit lagi Randy tidak datang, aku akan angkat punggung blah dari sini. Penat sahaja Flora memakai pakaian cantik-cantik. Tapi Randy masih juga tidak datang.
“Ha tu dia Randy.” Jerit Flora kegembiraan.
 Tapi Randy tidak datang berseorangan. Seperti Flora dia juga membawa rakannya. Dan seperti aku kenal akan lelaki itu. Tapi tidak pasti dimana aku berjumpa lelaki itu.
“Hai ladies sorry lambat. Flora sorry saya lambat tadi sebab terpaksa go to KLIA sebab nak ambil sepupu saya ni.” Randy meminta maaf.
“Tak apa la baby, bukannya lama pun kami tunggu.” Habis sahaja Flora berkata begitu aku terus mencubit tangannya. Wah tau tak betapa lamanya kami tunggu disini.
“Ok sebelum terlupa Flora, Marsha ni sepupu saya Baim dari Sabah. Baim ni Flora my girlfreinds and ni Marsha kawan dia.” Randy memperkenalkan aku kepada Baim. Baim hanya tersenyum memandangku dan Flora. 
“Hai...” sapa Baim.
                                                                    *****
 Aku memandang Flora yang sedang bermesra dengan Randy. Sungguh bahagia mereka. Baim pula hanya diam sejak tadi. Kami duduk di bawah sepohon pokok rendang. Aku leka memandang Flora dan Randy manakala Baim pula sibuk bermain dengan Blackberry nya. Aku mati kutu. Flora pula sudah 2jam berasmaradana. Sedangkan aku sudah berkudis menunggunya disini.
 Akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang kerumah. Aku bangun namun belum sempat melangkah suara Baim memecah tembok sunyi antara kami. “Awak dah nak balik ke?”
“Ya. Bosan duduk sini rasanya balik rumah lebih baik.” Balasku.
Baim terus menyimpan Blackberry nya kedalam kocek. “Saya hantar awak balik.”
“Oh tak perlu kot Baim. Saya boleh balik sendiri.”
Baim senyum memandangku. “Tak apalah kita datang sama-sama, balik pun perlu sama-sama kan.”
Aku tergamam. Nampak sombong tapi berbudi bahasa juga.
“Tapi Marsha saya tak bawa kereta saya hantar awak naik teksi saja la ye.” Sambung Baim lagi.
“Ok saya tak kisah.”
Kami duduk di sebuah perhentian bas. Jam tepat menunjukan ke angka 6 petang. Nampaknya aku sudah terlambat untuk membantu ibu di gerai. Aku menepuk dahi.
“Kenapa ni?” soal Baim.
“Haa tak ada apa-apa.” Ujarku senyum.
Namun kelibat Teksi masih juga tiada. Bas CityTown pula berhenti di perhentian bas itu untuk mengambil penumpang.
“Baim saya rasa saya naik bas sajalah. Nak tunggu teksi pun macam tak ada je.” Ujarku ikhlas.
“Ok terserah! Kita naik bas sahajalah.”
Aku kehairanan. “Kita?”
Baim ketawa besar. “Yelah kita.. habis takkan saya nak biarkan awak balik seorang diri. Peragut kan ramai.”
Aku menolak secara baik pelawaan Baim. “Tak apa Baim saya dah biasa balik sorang-sorang.”
“Tak apalah Marsha. Bukan selalu pun kan saya temankan awak.”
 Akhirnya aku bersetuju. Benar kata Baim mana lah tahu tiba-tiba ada peragut nanti. Aku juga yang susah. Aku dan Baim terpaksa bersesak di dalam bas itu. Maklumlah waktu orang pulang kerja, mestilah ramai.
 Setengah jam kemudian aku sampai kerumahku. Namun ketukan bertalu-talu ke pintu rumah masih tidak dibuka. Mungkin ibu sudah pergi ke gerai dulu. Sekali lagi aku mengetuk dahiku. Pasti ibu marah padaku.
“Baim sorry sangat terpaksa menyusahkan awak. Apapun thanks sebab hantar saya sampai kat depan pintu ni. Awak boleh balik.”
“Tapi rumah awak tak ada orang. Mana ibu bapa awak.” Tanya Baim.
Belum sempat aku menjawab deringan telefon bimbit menerjah gegendang telinga. Tanpa berlengah aku terus menjawab.
“Ya ibu”
“Ok Mar ke sana sekarang.”
“Ok bye! Wasalam”
“Awak nak kemana.” Soal Baim.
“Baim saya kena pergi pasar malam. Ibu saya berniaga di sana. So,thanks hantar saya balik.”
Aku terus berlari ke arah perhentian bas semula. Baim mengejarku dari belakang.
                                                                          *****
 Sungguh tidakku duga bahawa Baim sanggup menghantarku ke Pasar Malam Jalan Setapak. Malah yang paling memeranjatkan aku dia turut sama membantu aku berniaga. Tak sangkakan anak orang kaya nak bantu aku berniaga kat Pasar Malam.
“Baim serius ke ni awak ok tolong saya.” Soalku takut Baim tidak selesa.
Baim mengesat peluhnya. “Saya ok je Mar. Malah happy pulak buat kerja-kerja ni. walaupun letih sikit.”
 Aku tersenyum. Sungguh walaupun perwatakkannya nampak seperti sombong tapi sebenarnya dia sangat ok.
Ibu tersenyum memandang gelagat kami berdua. Walaupun baru berkenalan dengan Baim tapi sumpah aku sangat selesa berkawan dengannya.
“Mar sebenarnya saya akan berpindah sekolah baru esok. Saya dah berhenti sekolah di Sabah.” Kata Baim setelah kami agak diam sebentar tadi.
“Oh ye ke. Sekolah mana?” soalku.           
“Dekat sekolah awak, Randy dan Flora.”
Aku terperanjat. “Kenapa awak pindah?” Soalku lagi.
 Baim mengeluh. Masih tiada jawapan dari Baim. Aku mengerti mungkin aku tidak sepatutnya bertanyakan hal peribadi Baim. Kami baru saja berkawan.
“Saya harap awak boleh jadi kawan saya Mar di sekolah nanti.”
Aku terkesima. Malah aku tidak menyangka langsung Baim akan berkata begitu.
                                                          *****
 Selesai membantu ibu di dapur aku terus menuju ke bilik. Aku tersenyum-senyum. Entah mengapa hari ini hari yang paling indah dalam hidupku. Adakah aku sudah jatuh cinta?? Entah aku sendiri tidak pasti.
 Wajah Baim bermain-main di mataku. Senyumannya, kekacakannya. . .
Akhirnya aku terlelap sambil berdoa agar Baim muncul dalam mimpiku yang indah.
                                                                   *****
 Aku mencari kelibat Baim disekolah. Kata Baim hari ini dia akan mendaftar masuk sekolah aku. Aku menunggu kelibatnya di perpustakaan. Kebetulan perpustakaan berdekatan dengan kelasku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nama Baim tertera diskrin. Hatiku melonjak gembira. Si cinta hati saya sudah mari. Hahhaa
 Aku membuka peti simpanan mesej. Ternyata Baim menghantar SMS kepadaku. Aku berasa gembira yang teramat.
Marsha awak dimana?
+ Saya di kelas, saya tunggu awak.
+ ok
 Aku berjalan bersama Baim menuju ke kelas. Kami hanya diam sahaja. sebenarnya terus terang aku masih malu dengan Baim. Maklumlah kami belum rapat lagi. Baru sahaja berkenalan semalam. Tapi nadiku berat mengatakan bahawa kami pasti akan menjadi kawan baik.
  Mimi dan Ailin memandang tidak percaya kepadaku. Aku buat-buat tidak mengerti. Sudahku duga pasti mereka semua akan terperanjat kerana melihat aku berjalan dengan seorang lelaki. Padahal diantara aku, Mimi, Ailin dan Flora, akulah yang paling tidak mengerti mengenai hal-hal cinta. Apatah lagi mahu bercinta dan mempunyai kekasih hati.
 Namun Flora tersenyum memandangku. Aku pasti Flora mengerti diantara aku dan Baim kerana kami sudah berkenalan dahulu.
                                                           *****
 Sebulan aku mengenali Baim. Sumpah aku amat selesa berkawan dengannya. Aku agak terperanjat apabila Baim mengajakku menemaninya keluar.Aku hanya mampu mengangguk.
Kami menuju ke tasik itu dengan perasaan malu yang masih menebal. Habis sahaja sekolah tadi Baim terus menjemputku untuk ke tasik ini. Nasib baiklah ibu membenarkan aku pergi bersama Baim. Mungkin ibu sudah mengenali Baim. Apatah lagi Baim menunjukkan kerajinannya ala-ala anak mithali.  Aku apa lagi terus melompat keriangan ketika ibu memberi lampu hijau padaku. Lompat ala-ala kungfu panda.
 Kami duduk dibawah sepohon pokok yang sangat rendang. Cahaya matahari pun tak nampak. Baim senyum memandangku. Aku membalas senyumannya. Sungguh dihati bagaikan mahu pecah. Malah tulangku juga seperti mahu patah. Bibirku terketar-ketar menahan debar yang memuncak didalam dada.
 Ya! Kami berdua sahaja disini. Dulu aku menemani Flora dan Randy bertemu tapi sekarang aku pula yang mengalami situasi ini.
Suasana sunyi sepi. Namun suara Baim memecahkan tembok kesunyian diantara kami.
“Marsha....” panggil Baim.
Aku membetulkan kedudukan
 “Ya,” balasku.
Baim diam. Sesekali dia mengeluh.
“Saya ada hal nak beritahu awak. Tu yang saya bawa awak kesini.”
Jantungku berdebar lagi. Bagaikan mahu gugur. Bicara apakah yang Baim mahu memberitahuku.
“Awak nak beritahu apa?”
“saya harap awak jangan marah saya, Mar”
“Cakap saja Baim jika ada apa-apa saya boleh bantu awak.”
 “saya dah jatuh cinta dengan awak Mar.” Senafas Baim mengatakan ayat keramat itu.
 Aku terkaku. Malah jantung juga bagaikan berhenti berdenyut. Aku bermimpi atau berkhayal. Aku menampar mukaku berkali-kali namun wajah Baim masih terpacak dihadapanku. Nyata aku tidak bermimpi.
 Baim terus memandangku. Matanya memandang tepat ke wajahku.
“Saya serius Mar, saya janji takkan pernah mensia-siakan awak, sudikah awak menjadi kekasih saya buat selamanya?”
 Mataku tiba-tiba berair. Adakah Baim cinta pertamaku. Dan Insya-ALLAH akan menjadi cinta terakhirku. Aku berdoa dalam hati. Ya ALLAH terima kasih kau temukan aku dan Baim.
                                                                            *****
 Hari ini genap tiga bulan aku menjalinkan hubungan dengan Baim. Namun tiada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Flora. Mimi dan Ailin juga tidak kuberitahu. Aku tidak mahu hubungan ini diketahui orang cukuplah Flora dan Randy sahaja. Aku juga mahu menjaga reputasi Baim selaku pelajar yang paling hot disekolah saat ini.
 Aku tidak mahu menjadi bahan mata-mata pelajar-pelajar perempuan yang ingin mendampingi Baim. Aku tidak mahu mengaut publisiti murahan. Takut dikejar abang Nas Melodi nanti.
 Ketika sedang makan tengah hari di kafe sekolah, mataku memandang seraut wajah Baim. Dia juga sedang makan bersama rakan-rakannya yang lain. Mata kami bertaut seketika. Baim mengangkat kening tanda dia juga seperti aku sedang merinduinya. Hatiku kembang. Aku berasa sungguh bahagia. Deringan telefon bimbit mematikan khayalan tentang dunia aku dan Baim.
Baim menghantar SMS kepadaku.
+ petang ni ditempat biasa ya.                                                                                                                                                                    Saya tiada latihan bola hari ni.
Aku membalas pantas. Tidak mahu Baim tertunggu jawapan balas dariku.
- baiklah saya tunggu awak nanti.
 Aku tersenyum riang. Namun senyumanku tidak lama. Kedatangan Ailin dan Mimi yang bermuka sangat bengis lagi berlagak memeranjatkan aku. Mereka berdua duduk disebelah kanan dan kiriku. Aku kaku.
 “Kami datang bukan nak gaduh. Tapi Cuma nak selesaikan masalah kita berempat.” Mimi memulakan perbualan. Ketika itu aku memandang Baim yang sudah selesai makan. Baim memandangku namun segera ku alihkan anak mataku. Takut Ailin dan Mimi menghidu perhubungan kami.
 Flora pula hanya diam sahaja.
“Aku Cuma nak tahu kenapa hubungan kita berempat dah tak macam dulu.” Ailin menyoal aku dan Flora.
“Kita dah tak makan bersama, keluar apatah lagi. Lepak-lepak kat Steert pun dah tak ade langsung. Korang asyik berdua je. Kenapa?” Ailin menyambung lagi.
 Aku tersedar. Tiba-tiba aku tersedar dari hakikat itu. Benar aku baru teringat yang kami berempat  berkawan rapat namun mengapa sekarang aku hanya berdua dengan Flora.
Aku tiada jawapan untuk soalan Ailin dan Mimi.
“Aku dan Mimi dah buat keputusan yang kami nak putuskan persahabatan ni. Apa gunanya kalau berkawan berempat tapi korang asyik berdua sahaja.” Ailin menjuirkan bibir ke arah Flora. Lalu mengajak Mimi terus pergi dari situ.
Aku dan Flora tergamam. Kami memandang diantara satu sama lain. Tidak tahu mahu bercakap apa.
                                                                      *****
 Tepat jam 4 petang aku menunggu Baim. Tasik Titiwangsa ku pandang damai. Tasik inilah saksi cinta aku dan Baim. Semoga hubungan ini akan kekal Ya Allah.
 Lima minit kemudian wajah Baim tiba di tasik itu. Dia tersenyum riang memandangku. Aku turut membalasnya. Baim mengambil tempat duduk disebelahku.
“Saya ada bawak something untuk awak.” Laju Baim berkata.
Aku tertanya-tanya kepada Baim. Something apekebendanya.
 Baim mengeluarkan bungkusan hadiah yang berbalut itu dari sebuah paper bag. Lalu menghulurkan kepadaku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Siapa aku untuk mengambil hadiah itu.
“Ambillah memang untuk awak”
“Tapi saya tak mintak pun. Saya tak nak susahkan awak Baim”
“Demi Allah awak tak susahkan saya pun.” Luah Baim bersungguh.
Akhirnya aku mengambil bungkusan itu.
Dalam hatiku berbunga riang. Tak pernah seumur hidupku seorang lelaki memberi aku hadiah.
“Bukak lah.”
 Aku mengamati hadiah berbungkus dengan pembalut hadiah bergambar love itu .      
 Kemudian dengan perlahan-lahan aku mengoyakkan cebisan pembalut tersebut. Aku melihat kotak berwarna coklat. Aku mengeluarkan kotak berwarna coklat itu. Seterusnya aku membuka kotak tersebut. Sungguh aku terperanjat melihat isi didalamnya. Seutas rantai berbentuk hati separuh. Aku tersenyum.

“serius awak bagi saya Baim.” Aku bertanya.

“Yalah. Saya ikhlas bagi awak Mar.”
 Aku membelek-belek lagi rantai itu. “Tapi kenapa ada sebelah je hati ni. Lagi sebelah tak de ke?” soalku.

 Baim tersenyum kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari bajunya. Seutas rantai yang berbatukan hati separuh juga sedang dipakai oleh Baim. “Sebelah lagi dekat saya. Semoga hati kita akan sentiasa bersatu Marsha.”

 Aku tersenyum. “Insya-Allah Baim kita akan terus bersatu.”

Manakala Baim pula terus bangun dan memakaikan aku rantai tersebut. Dadaku berdebar. Jantungku seakan berhenti. Sumpah ini adalah kali pertama aku dilayan bagaikan bidadari. Terima kasih Baim.

Dan pada itu kami menghabiskan petang kami dengan rasa sayang dan cinta yang semakin menebal.

                                                                                   *****

 Seminggu kemudian Baim menghantar mesej kepadaku. Maklumlah kami jarang berjumpa di sekolah berikutan jadual kami yang masing-masing sibuk. Kadang-kadang kami langsung tidak bertemu disekolah. Hanya telifonlah yang menyatukan kami. Aku membaca mesej tersebut.

  + Esok kita jumpa ditempat biasa.

Aku tersenyum. Pasti ibu akan bagi pelepasan kerana esok adalah hari sabtu. Segera aku menaip untuk membalas mesej tersebut.

- Baik bos. See u tomorow.

                                                                              *****

“Saya mintak maaf. Mama perlukan saya. Hanya saya anak yang dia ada. Saya perlu pulang ke kota Kinabalu.”

Aku masih lagi diam. Sungguh aku terperanjat bila Baim menyatakan yang dia mahu bertukar sekolah. Dia akan kembali bersekolah di Kota Kinabalu. Sungguh aku terperanjat.  Mama nya mahu dia pulang kesana dengan segera. Habis bagaimana dengan pengajian Baim disini. Lagi 2 minggu SPM akan tiba.

“Marsha...” sayu Baim memanggil namaku.

Aku masih lagi diam. Muka kutundukkan ke bawah. Terasa air mataku mahu menitis deras. Namun masih kutahan.

“Mar saya janji bila cuti saya akan datang sini semula. Habis SPM, Saya akan sambung belajar disini.”

Aku masih diam. Entah aku sendiri tidak tahu apa yang ingin aku katakan. Gembirakah aku dengan kepergian Baim atau sedihkah aku dengan pemergiannya.

“Mar awak jangan diam. Sekali awak diam seribu kali saya merana.”

“Awak pergi sajalah. Saya faham.” Itu sahaja ayat yang mampu ku beri.

“saya janji bila ada kelapangan saya akan pulang jenguk awak disini. Awak jangan risau ye saya akan selalu telifon awak.”

Baim terus mencapai tanganku. Lalu dibawa kedadanya. Aku pura-pura senyum padahal di hati bagaikan koyakan kertas yang begitu menghimpit hati.

                                                                    *****
3 bulan kemudian.

 Aku masih menanti panggilan dari Baim. Sudah 2 minggu dia tidak menghubungiku. Hatiku sudah mula terpalit rasa bimbang. Ada apa-apakah yang terjadi kepada Baim? Sehingakan dia langsung tidak menghubungiku. Buku dimeja kucapai. Aku mula menyelak helaian kertas. Esok adalah peperiksaan SPM ku yang terakhir. Buku teks ADD MATH itu kututup semula. Sumpah aku langsung tidak dapat memberikan perhatian apabila keadaanku begini.

Hanya panggilan dari Baim yang kuperlukan disaat ini. Hanya Baim! Otakku mula mencerna pelbagai andaian buruk. Mungkinkah Baim sudah melupakanku? Atau Baim sudah mempunyai teman wanita lain.

Segera semua andaian itu aku buang dari ingatanku jauh-jauh. Jam didinding berdenting keangka 12.30 minit pagi. Namun panggilan dari Baim masih sepi. Panggilan ku juga tidak berjawab. Ahhhhhhh sungguh kusut fikiranku.

Aku tersedar dari tidur ketika azan subuh sedang berkumandang. Segera aku bangun untuk menunaikan solat. Usai bersolat dan mempersiapkan diri untuk ke sekolah aku menjeling sekilas ke arah telifonku. Tiada panggilan apatah lagi mesej dari Baim. Hatiku dirundung pilu. Tiba-tiba aku mendapat satu akal. Bibirku mengukir senyuman manis. Moga-moga menjadi idea ku itu.

Aku keluar rumah lebih awal dari biasa meskipun kertas ADD MATH ku berlangsung pada pukul 10 pagi nanti. Aku tidak terus kesekolah tetapi aku menyinggah ke rumah Flora. Ketika aku datang Flora masih lagi tidur. Setelah penat dipujuk akhirnya Flora bangun dan bersetuju untuk menemani aku ke rumah Randy.

“Kau nak buat apa pergi rumah Si Randy aku tu.” Soal Flora.

“Adalah. Kau ikut jelah. Yang penting kau kena bantu aku.”
 Sampai sahaja dirumah Randy aku segera menekan loceng. Seorang perempuan lewat 30-AN keluar dan tersenyum memandangku. Aku pasti itu adalah ibu Randy.  “Cari siapa dik” soal wanita itu.
“Randy ada tak Mak Cik?”
“Ohh kamu kawannya Randy ya. Sekejap ya Mak Cik panggilkan.”
Perempuan itu terus masuk kedalam rumah. Lima minit kemudian perempuan itu muncul bersama Randy. Randy tersenyum memandang Flora. Belum sempat Randy membuka mulut aku terlebih dahulu bertanya.
“Randy kau kena tolong aku!”
                                                      *****
 Aku memaksa Randy untuk menelefon Baim menggunakan telefon Randy. Randy agak keberatan. Aku yakin dan pasti Randy ada menyembunyikan sesuatu rahsia dariku. Aku perlu mengorek rahsia itu. Namun aku perlukan plan yang tersendiri.
“Aku bukan tak nak tolong kau Mar tapi masalahnya.... ” Randy terus diam. Aku terus memandang Randy dengan penuh pengharapan.

“Kenapa kau diam? Aku tahu kau dengan Baim ada sorokkan sesuatu dari aku, kan.” Kataku sendu. Mengapa Baim membuatku begini. Apa salahku. Tidak ke Baim terfikir betapa aku mencintainya sepenuh hati. Betapa aku sanggup berkorban demi Baim.

“Aku...” Randy masih tergagap-gagap. Aku pasti ada sesuatu yang tidak kena.

“Yelah-yelah aku call Baim. Tapi masalah korang settle sendiri. Aku tak masuk campur.”

Aku senyum. Semoga rancangan aku kali ini berjaya.

Randy menelefon Baim. Tidak sampai sesaat panggilan dari Randy dijawab sedangkan panggilan dariku langsung tidak diangkat. Aku berkecil hati sedikit. Sampai hati Baim memperlakukanku sebegini rupa.

 Aku mengisyaratkan pada Randy untuk memberikan aku telefon itu. Aku mahu bercakap dengan Randy. Ada pelbagai cerita yang mahu aku kongsikan bersamanya. Randy agak keberatan untuk memberikan aku telefon itu. Dengan pantas aku merampas telefon itu.

 “Baim” aku memulakan perbualan. Baim yang ketika itu sedang rancak berbual terus terhenti bersuara. Akhirnya aku mengukirkan senyuman dibibir. Rinduku pada Baim sudah terubat walaupun hanya mendengar suara Baim sahaja.

“Baim,” panggilku sekali lagi. Namun suasana tetap sunyi. Aku mula rasa tidak sedap hati.

“Baim...” jeritku berkali-kali.

 Rupanya Baim telah mematikan talian tersebut. Kelopak mataku mula terbit titisan air. Sungguh aku sedih. Tega sungguh Baim membuatku sedemikian rupa. Apa salah dan silapku sehinggakan Baim langsung tidak mahu mendengar suara aku.

Randy hanya memandang aku. Mungkin Randy juga tidak mengerti mengapa Baim membuatku begitu.

Dan disaat itu aku seakan mengerti bahawa aku sudah tiada di hati Baim lagi.

                                                                  *****

3 tahun kemudian,
 Aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia setelah aku mendapat keputusan yang agak cemerlang SPM yang lalu. Kini aku berada di semester terakhir Ijazah Sarjana Muda dalam bidang accounting. Alhamdunilah Allah memberikanku rezeki untuk menyambung pelajaran ini.
Flora dan Randy pula melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan Pentadbiran.
Kehidupan aku kini lebih tabah.  Walaupun kisah itu sudah 3 tahun berlalu, namun segala kenangan aku bersama Baim  masih ku simpan rapi di kotak hati yang terdalam.
Baim!!
Dimanakah kau berada sekarang?
Aku langsung tidak mengetahui dimana kini dia berada. Semenjak dia mematikan panggilan tersebut 3 tahun yang lalu, hubungan kami seakan sudah putus seputus-putusnya. Dia langsung tidak menelefonku, malah mesej juga tiada.  
Aku mengelap air jernih yang mula terbit di tubir mataku. Entahlah 3 tahun itu jangka masa yang agak lama, namun kenangan aku dan Baim masih tidak dapat aku lupakan.
Aisya mengurut-ngurut belakangku. Aku agak terperanjat. Rupa-rupanya Aisya nampak aku sedang menangis.
“kau masih tak dapat lupakan dia lagi ke?”
Aku memandang Aisya. Lantas aku terus memeluknya entah yang ke berapa kali. Dibahu Aisya aku membenamkan segala rindu yang terbuku dihati.
“Sabar okay! Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini?” Aisya menenangkanku.
*****
“Praktikal di Sabah?”
“Ya, pratikal di Sabah.”
“Tapi kenapa saya?”
“Sebab nama awak yang diundi!”
“Tapi Prof saya nak buat pratikal di semenanjung saja.” Balasku agak terkejut kerana namaku yang dipilih untuk membuat Praktikal di Sabah.
“Kalau awak nak bantah keputusan ni awak boleh jumpa dengan Tuan Pengarah.”
Aku runsing. Aku tidak mahu pergi Sabah. Jika aku pergi siapa yang akan menjaga dan membantu ibu? Ohh Tuhan bantu aku.
*****
Kali pertama menjejakkan kaki ke Sabah membuatkanku agak  terkejut. Dengan suasana yang agak sejuk dan mendamaikan membuatkan sesiapa saja akan teruja untuk datang ke sini. Aku mencari-cari alamat rumah sewaku di dalam beg. Aku akan tinggal di sebuah rumah sewa di Kota Kinabalu bersama 3 orang lagi rakan baru yang akan membuat praktikal bersamaku.
Aku tiba di rumah sewaktu tepat pukul 6 petang. Sungguh aku berasa penat yang teramat sangat hari ini. Ketika sampai 3 orang rakan baruku itu sudah sampai awal. Kami berkenalan dan beramah mesra. Ellyna, Suki dan Sasa kini menjadi rakan baruku.
Aku berkongsi bilik bersama Elly gadis dusun yang berasal dari Kota Marudu. Kami hanya berkenalan sikit-sikit saja, kerana masing-masing sudah keletihan yang teramat sangat. Aku hanya sempat menanyakan nama panggilan Ellyna yang lebih suka di panggil Elly. Berumur 22 tahun.
Setelah mengemaskan apa yang patut aku terus mencampakkan diriku diatas katil. Tanpa disuruh mataku lena terlelap di ulit mimpi.
Keesokan harinya aku masih terus mengemas apa yang patut. Suki sudah keluar katanya mahu membeli barang. Sasa pula terkurung didalam biliknya. Kini tinggal aku dan Elly saja. Elly sedang leka memegang telefon bimbitnya. Ada kerutan di wajahnya.
“Elly?” panggilku memecahkan kebuntuan diantara kami.
Elly yang sedang leka, memandangku. Ternyata senyumannya sungguh menawan.
“Ya.”
“Kenapa muka berkerut ada masalah ke?”
Elly tersenyum sekali lagi. “Tak ada apa-apa lah Mar.”
Aku hanya mengangkat bahu.
                                    *****
Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Syarikat penerbitan itu membuatkan jantungku berdebar-debar. Aku tak tahu lah apa nasibku disini nanti. Aku pergi ke kaunter di hadapan syarikat itu dan bertanyakan kepada penyambut tetamu itu.
“Assalamualaikum Cik saya nak tumpang tanya, saya praktikal disini jadi saya tak tahu dimana saya harus mendaftarkan diri?” tanyaku.
Gadis berambut lurus itu tersenyum memandangku. “Sekejap ya Cik, saya mahu cek dulu nama Cik.”
Kemudian gadis itu membawa aku ke sebuah bilik. Menurut nama yang tertampal disitu, kini aku berhadapan dengan bilik ketua penyelaras disitu. Namanya Encik Iqram Danny. Aku segera mengurut dadaku. Sungguh aku gementar dan takut.
“Cik masuk kesini berjumpa dengan Encik Iqram.”
“Baik lah terima kasih Cik.”
Aku mengetuk pintu tersebut dengan beberapa ketukan. Setelah disuruh masuk, aku membuka pintu tersebut. Sungguh aku terperanjat wajah yang kini berada di hadapanku.
Abang Iqram” jeritku sekuat hati.
Abang Iqram juga sepertiku, sangat terperanjat dengan kehadiranku. Sungguh aku tak sangka di bumi bayu ini juga aku bertemu dengan abang Iqram.
“Mar ke pekerja baru abang. Ya Allah sungguh abang tak sangka.”
Aku terus bersalaman dengan abang Iqram. Wajah abang Iqram yang mirip seperti Zain Saidin ini ku tatap senyum.
“Mar tak sangka abang kat sini, wahhhh dah jadi ketua penyelaras.”
Iqram ketawa “Alhamdunilah Mar  rezeki abang. Mar apa khabar? Ibu dan Abang Man juga apa khabar?”
“Alhamdunilah sihat Abang. Mereka semua sihat-sihat. Abang Long tu tak tau la bila nak kahwin ? ” selorohku sambil ketawa.
Iqram juga turut tertawa. Ternyata marsha yang dulunya berusia belasan tahun, kini sudah dewasa dan sungguh cantik.
Tiba-tiba terbit dihati Iqram, menyesal dirinya kerana pernah menolak cinta Marsha.
“Abang rasa abang tak payahlah temuduga Mar, kiranya Mar dah boleh praktikal disini. Selamat datang ke Keluarga syarikat Penerbitan Sykeet Steert” kata Iqram dengan penuh beriak tenang.
Aku mengangguk senang. Moga-moga mudah pekerjaan aku disini selama enam bulan mendatang.
*****
“Jom lunch” pelawa Abang Iqram pada suatu hari.
Bukan hari ini sahaja Abang Iqram mengajakku, sudah banyak kali kami keluar bersama.
“Hari ni tak boleh la Abang, Mar banyak gila kena buat pengiraan belanja syarikat ni” ujarku jujur, tidak berniat mengecilkan hatinya.
“Alah jom la tinggal kan kejap,nanti abang bantu Mar ok.” Iqram menawarkan pertolongan.
Aku terus tersenyum, sungguh abang Iqram sangat baik kerana selalu membantuku. Namun aku sedaya upaya untuk cuba menolak pelawaannya. Bukan aku tidak mahu tapi aku tidak suka jika para pekerja lain membuat onar terhadap diriku dan Abang Iqram.
Suatu pagi ketika didalam kereta Abang Iqram mengambilku dirumah, aku meluah segalanya.Aku tidak mahu menyorok-nyorokkan tentang segala tohmahan yang dilemparkan kepadaku oleh pekerja lain.
“Abang Iqram Mar nak cakap something boleh tak?” tanyaku meminta kebenaran dahulu.
Abang Iqram sedang leka memandu ketika itu. “Cakaplah, abang pun ada hal nak cakap dengan Mar.”
Aku memandang Abang Iqram dan menarik nafas sebelum menuturkan segala pertanyaan.
“Mar rasa abang dah tak perlu kot susah-susah ambil Mar hari-hari kat rumah, Mar boleh naik teksi.” Luahku
Abang Iqram memandangku tidak mengerti.
“Abang salah dengar ke?”
“Tak Mar serius ni, Mar tak suka lah kalau pakerja abang tak puas hati tengok Mar baik dengan abang.” Kataku jujur.
Abang Iqram diam. Lima saat kemudian menyambung kembali, “ biarlah diorang bukan masalah abang, Mar tak payah fikirkan sangat.”
Aku mendengus. Abang Iqram sepatutnya memahami masalah yang berlaku. Bukannya hanya ambil endah tak endah saja.
“Abang lelaki abang mana faham perasaan orang perempuan.” Ujarku perlahan.
Abang Iqram memandangku.
“Mar, abang faham perasaan Mar.” Bisik Iqram perlahan.
Suasana sepi antara aku dan abang Iqram.
“Kalau Mar dah tak sudi sangat nak naik kereta dengan abang, tak apalah, start esok Mar naiklah teksi.” Sambung abang Iqram lagi.
“Abang, Mar tak ada niat nak kecik kan hati abang tapi Mar Cuma tak nak orang fitnah kita, sebab kita selalu berdua.” Kataku ikhlas tidak mahu sebarang kecil hati disini.
Abang Iqram diam. Tiba-tiba air mataku terasa ingin menitis. Kucuba tahan, namun air putih itu terus membasahi pipiku. Lalu ingatanku kepada perbualan diantara rakan-rakan sekerjaku menjengah fikiranku kembali.
Seminggu yang lalu, ketika aku baru keluar dari toilet, aku terdengar orang menyebut namaku dan abang Iqram. Aku tidak jadi keluar dari tandas. Aku mahu mendengar segala butir perbualan diantara pekerja wanita yang seperti kukenal. Ya tidak syak lagi, Arni dan Munah sedang bercerita tentang hal aku dan Abang Iqram.
“Dia dua orang tu asyik lah berkepit saja kemana pergi, macam belangkas, akak pulak yang rimas Arni oii”
Arni rakan sekerjaku yang mirip pelakon popular Malaysia Nelydia senrose pula mencanang namaku.
“Saya tahu Kak Mun, dulu sebelum si Mar tu datang ke sini Si Iqram tu elok je keluar dengan saya, tapi semenjak perempuan tak tau malu tu ada, iqram langsung tak pandang saya.”
“Alah akak bukan tak tahu niat sebenar si Mar tu rapat dengan bos kita, mesti nak kebas semua harta yang Iqram ada.” Arni masih terus menjaja namaku.
Air mataku menitis lagi.
Tiba-tiba Iqram memanggilku.
“Mar ok tak ni.”
Aku mengangguk. Abang Iqram memandangku sayu. Lalu mengambil sapu tangannya didalam poket, dan terus memberiku. Aku terharu lalu mengambil sapu tangan itu.
“Abang tahu Arni dan Kak Mun selalu buat onar pasal  kita berdua kan?” Iqram menyoalku.
Aku memandang Abang Iqram. Macam mana Abang Iqram tahu Arni dan Kak Mun selalu menfitnahku.
“abang tahu Mar, jadi abang rasa kita patut selesaikan masalah ni secepat mungkin.”
“Nak selesaikan macam mana?” soalku
“Kita kahwin Mar!!”
  *****
Aku mati akal. Sungguh lamaran Abang iqram membuatkan ku sungguh rasa tidak tentu arah.
“kalau kita kahwin diorang takkan buat fitnah kat kita lagi.” Itulah jawapan yang diberikan oleh Abang Iqram.
Aku runsing. Runsing yang teramat sangat.
Lepas satu masalah satu masalah yang timbul. Abang Iqram sudah gilakah mahu menikahi ku.
Kedatangan Elly menyedarkanku. Elly kelihatan agak kelam kabut sambil datang kearahku.
“Mar boleh tolong tak? Jom temankan saya pergi AEON KK nak tak?”
“Buat apa?” soalku.
“Saya nak jumpa kawan sekejap. Boleh tak?”
Aku agak keberatan. Bukannya aku tidak mahu menemankan Elly tapi aku baru sahaja balik dari kerja. Peluh pun belum sempat aku lap!
“Boleh la Mar sekejap ja. Saya janji.” Elly terus memujukku.
Aku tidak sampai hati. Kasihan Elly. Akhirnya aku menggangguk.
*****

 First time aku menjejakkan kaki ke AEON Kota Kinabalu setelah hampir 5 bulan aku berada di Sabah. Memang aku tiada kesempatan untuk ke sana dengan kerjaku yang agak berlambak-lambak.
“Mar kita pergi Kfc dulu boleh tak, sebab saya janji dengan kawan saya nak jumpa disana.” Ujar Elly  kepadaku.
“Oh ok boleh.”
Kami berdua berjalan anak menuju ke gerai kfc yang ada di situ. Hampir 15 minit kami menunggu, akhirnya kawan Elly yang bernama Endry itu tiba. Mereka rancak berbual didalam bahasa Dusun, sedangkan aku langsung tidak faham sepatah perkataan pun.
Aku buat-buat faham sahaja sambil bermain game didalam henfon. Setelah agak bosan bermain game, aku membuka pula galeri gambar. Tiba-tiba mataku tertancap pada sekeping gambar yang memang aku rindui.
Gambar aku dan Baim didalam Uniform sekolah. Sungguh aku merindui suasana itu dan juga amat merindui lelaki didalam gambar itu. Baim! Dimanakah kau berada? Ya Allah aku amat merindui Baim. Temukan lah aku dengan Baim pada suatu hari nanti. Doaku didalam hati.
*****
Elly masih terus berbual dengan Endri. Aku sudah mula bosan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berjalan-jalan dahulu di kedai-kedai disekitar itu. Elly mengangguk lalu aku terus keluar. Aku singgah disebuah kedai buku. Sudah lama aku tidak membeli novel. Sudah pasti banyak novel baru yang ada. Aku teruja. Pelbagai koleksi novel ada disitu. Aku mengambil sebuah novel yang bertajuk “Cinta terakhir” karya Ainur Sakinah. Ketika sedang leka membaca tiba-tiba ada seseorang melanggar badanku. Buku yang dipegang terjatuh. Lelaki itu mengambil buku itu dan terus memberikan padaku. Ketika lelaki itu ingin memberikan buku yang terjatuh itu padaku, aku terus mengenali siapa lelaki itu.
Randy!
Marsha!
Aku tersenyum gembira. “Randy kau ke ni.”
Randy juga senyum padaku. “Ya Allah tak sangka jumpa kau kat sini. Kau buat apa?”
Aku tersenyum dan gembira. “Aku praktikal kat sini. Lagi sebulan je pun. ” kataku ramah.
Seterusnya kami berbual tentang semua perkara. Kami duduk di sebuah kafe minuman. Kami berbual dari A hingga ke Z. Aku sangat gembira berjumpa Randy dan yang paling membuatkanku gembira bila Randy berkata tidak lama lagi dia akan bertunang dengan Flora. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku merindui teman lamaku itu, Flora.
“Tak sangka kan jodoh kami kekal lagi zaman sekolah.” Ujar Randy lagi.
Aku terpempan. Ingatanku terus kepada Baim. Nampaknya aku memang tiada jodoh dengan Baim tidak seperti mereka berdua.
“Maaf Mar, aku tak sengaja nak kecik kan hati kau.”
“Eh tak mengapa. Aku dah lupakan dah!” aku berpura memberi alasan.
Sebenarnya didalam hatiku terasa sangat pedih. Tiba-tiba air mataku seakan mahu gugur. Cepat kutahan. Aku tidak mahu menangis lagi untuk seorang lelaki yang tak pernah mengingati ku.
“Aku tahu Mar kau masih simpan rindu kau pada Baim.” Teka Randy kepadaku.
Aku memandang Randy. Memang Randy. memang!! Aku amat merindui seorang lelaki yang bernama Eric Ibrahim. Dan lelaki itu takkan pernah hilang dalam ingatanku.
“Sebenarnya dah lama aku nak beritahu kau hal ni, tapi aku tak tahu nak mulakan macam mana!” Randy masih memandangku. Mukanya serius.
“Nak beritahu apa?” tiba-tiba aku rasa takut. Takut yang teramat sangat.
“Actually masa kita form 5 lagi aku nak beritahu, tapi Baim larang aku untuk beritahu kau. Tapi aku rasa sudah sampai masanya untuk kau tahu apa sebabnya kenapa dia pindah sekolah, dia tak contact kau, dia putuskan hubungan dengan kau secara drastik. Aku tahu apa sebabnya.”
Aku terus fokus mendengar apa lagi yang ingin disampaikan oleh Randy.
“Sebabnya. . errrr Baim kena penyakit kanser!! Dia hanya ada masa sebulan saja lagi untuk hidup.”
Aku tersedak. Aku kaget. Aku terperanjat. Dan aku beristifar. Betulkah berita yang baru aku dengar ini. Berita tentang Baim menghidapi penyakit kanser.
“Aku tak percaya Randy.”
“kau harus terima hakikat tu Mar, aku tahu kau takkan pernah percaya, tapi itulah takdir milik Baim.” Ujar Randy bersungguh.
Duniaku seakan gelap. Air mataku ingin bergenang.
“Sebenarnya ketika dari form 5 lagi Baim dapat tahu yang dia menghidapi kanser. Doktor kata dia ada 3 tahun saja masa untuk hidup.Tapi dia teruskan juga hidup sebab ada kau. Tapi lama-kelamaan dia terfikir semakin rapatnya kau dan dia, semakin itu jiwa kau akan terseksa jika dia pergi dulu dari kau. Disebabkan itu dia ambil keputusan untuk pulang ke Sabah. Buat rawatan di Sabah. Dan itulah penyebab kenapa panggilan kau dia langsung tidak jawab. Dia tak pernah lupakan kau Marsha, dia tinggalkan selama 3 tahun pun sebab dia mahu kau bahagia tanpa dia disisi.
Aku diam. Tiada perkataan yang terluah dimulut.
“Dia menderita kau tak ada...”
“Stop Randy! Stop. Aku dah tak nak dengar lagi.’
Tanpa dipaksa aku terus menangis teresak-esak disitu. Sumpah aku tidak boleh menerima hakikat ini. Tak boleh sama sekali.
Randy menenangkan ku.
“Aku nak jumpa dia Randy. Aku nak jumpa Baim. Aku nak jaga dia Randy.Tolong aku.” Rayuku kepada Randy.
Randy memandangku.
*****
Keesokan harinya aku mengikuti Randy menuju ke sebuah rumah banglo 2 tingkat yang agak besar dan cantik. Tujuan adalah untuk berjumpa dengan Baim. Aku ingin berada disamping Baim buat kali terakhir. Aku ingin meluangkan masa di saat-saat akhir bersama Baim.
“ Badan Baim dah tak boleh terima ubat dari hospital. Jadi doktor sarankan agar dia duduk dirumah sahaja. merehatkan minda dan lakukan aktiviti yang bermanfaat. Tapi faham sajalah kan Baim masih tak boleh terima hakikat yang dia akan pergi tak lama lagi, jadi dia lebih suka duduk didalam bilik. Melukis dan berehat.”
“Mama dia dah meninggal tahun lalu, jadi semangat Baim memang dah tak ada langsung. Papa dia pula sibuk bekerja. Jadi dia hanya berseorangan dirumah bersama seorang nurse yang merawatnya.” Randy memberitahuku sedikit sebanyak mengenai Baim. “Baru 3 bulan yang lepas aku pulang ke Sabah dan aku tengok Baim sudah berubah. Aku harap kau banyak bersabar Mar. Aku faham kau masih terkejut dengan berita ni, tapi alhamdunilah kau kira bertuah masih dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir.”
Aku diam.
Baim. . . Mar datang untuk jumpa Baim. Tunggu Mar.
Seorang Nurse membawaku ke sebuah bilik di tingkat atas rumah banglo tersebut. Dadaku berdebar.
“Inilah biliknya Cik, cik boleh masuk.”
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Ya Allah bantu aku. Lalu aku membuka pintu bilik tersebut.
“Heii lain kali kalau nak masuk ketuk dulu pintu tu. Jangan pakai masuk je. Bodoh!!” tengking Baim yang sedang leka melukis sesuatu di atas sekeping kertas. Baim masih tidak memandang siapakah yang berada dipintu tersebut. Dia masih melukis dengan penuh gopoh.
Mar kaget. Didalam bilik itu penuh dengan lukisan potrait dirinya. Adakah potrait itu dilukis oleh Baim? Potrait itu sungguh cantik. Potrait gambar dirinya.
“Nurse buat apa duduk situ lagi, berambus.....lah” Baim menoleh memandang Mar yang disangkakan nurse. Pensil ditangannya jatuh dilantai. Jantung Baim seakan berhenti berdegup.
Sepi!!
Hanya itulah sahaja yang suasana yang dapat digambarkan di bilik itu.
Baim!!
Aku memanggil Baim sambil mendekatinya. Aku amat merindui lelaki itu. Tiga tahun aku memendam rindu itu. Dan hari ini rindu itu hampir terbias.
Baim terkejut namun akhirnya dia menjauhiku. Langkah kakiku terhenti.
“Kenapa ? Baim tak rindukan Mar ke?”
“Baim dah tak cintakan Mar?”
Aku bertanya kepada Baim bersama titisan air mata yang sudah mula berguguran.
Baim menggeleng. “Jangan dekat dengan aku, aku dah nak mati. Jangan!!”
Bertambah deras air mataku merebes. “Baim saya tahu awak sakit dan disebabkan itulah saya datang sini nak jaga awak.”
Baim masih menggeleng. “Tak boleh kau tak perlu jaga aku sebab aku boleh jaga diri aku sendiri. Kau berambus dari sini aku benci tengok kau.”
Aku tetap cuba untuk memujuk Baim.
“Dan satu lagi aku tak cinta kan kau Marsya. Kau pergi”
Aku menapak selangkah lagi. Kali ini aku nekad. Aku akan tetap menjaga Baim. Jikalau aku dibuang praktikal sekalipun aku sanggup!!
“Kalau awak tak cintakan saya Baim, awak tak akan lukis gambar saya dan tampal semuanya kat dalam bilik ni.”
Kali ini Baim diam. Tidak tahu mahu membalas apa. Kenyataannya memang dia amat mencintai gadis itu. Dan sampai mati sekalipun dia akan tetap mencintai gadis itu. Dan disebabkan cintalah dia meninggalkan marsya. Dia tidak mahu Marsya merasa jijik melihat dia yang sakit itu.
“Lebih baik awak pergi dari sini marsya. Dulu lain sekarang lain. Awak tak perlu jaga saya, awak akan jijik lihat saya ni. ” Baim terus terduduk. Dia membuka snowcap yang dipakainya. Aku sedikit pun tidak terperanjat melihat perubahan yang ada di kepala Baim.
“Rambut aku dah gugur, badan aku dah kurus. Kau tak jijik dengan aku ke??” Baim menuding di kepalanya. Aku tahu dan aku perasan akan perubahan dalam diri Baim. Namun sedikit pun aku tidak terperanjat.
“Saya tak pernah jijik dengan awak Baim. Saya datang sini nak jumpa awak, nak jaga awak. Walaupun awak tak benarkan saya tetap akan jaga awak.” Titik! Aku akan duduk disini.
Baim terduduk dan menekup mukanya dengan tangan. Aku tahu dia menangis.
“Akhirnya saya dapat juga jumpa awak Mar, Allah makbulkan doa saya. 3tahun saya tunggu awak. Harap awak datang sini dan hari ini awak muncul.”
“Baim.” Aku terus mendekati Baim lalu memeluknya. Baim membalas pelukanku. Sungguh aku amat mencintai lelaki bernama Baim. Baim bersyukur kepada Allah kerana masih memberikannya peluang untuk menatap wajah Marsya disaat-saat terakhir kehidupannya.
*****
Aku menelefon Abang Iqram. Aku mahu meminta cuti buat sementara waktu. Aku ingin meluangkan banyak masa bersama Baim. Diawal pagi aku bangun untuk membuat sarapan untuk Baim. Dirumah itu tiada bibik. Jadi aku mahu menyiapkan sarapan yang paling sedap untuk Baim.  Setelah selesai menyediakan sarapan, aku menuju ke bilik Baim ditingkat atas. Aku mahu mengejutkan Baim. Aku mengetuk pintu bilik Baim beberapa kali namun tiada balasan. Aku mengetuk sekali lagi dan akhirnya pintu itu dibuka dari dalam.
Aku terperanjat, Baim telah bersiap awal. Aku memberikan senyumannya kepadanya, ternyata Baim tidak sabar untuk keluar denganku.
“Jom kita sarapan dulu, lepas tu baru kita keluar ok” kataku kepada Baim.
Baim hanya mengangguk. Kami turun untuk bersarapan.
Tepat jam 10pagi aku membawa Baim jalan-jalan untuk mengambil angin. Aku nampak senyuman tidak lekang keluar dari riak muka Baim. Aku tahu dia gembira.
“Awak penat ke Baim, jom kita duduk dulu.” Ujarku yang melihat Baim sudah termengah.
“Tak. Saya tak penat. Mar nak tahu tak saya dah tak keluar rumah 2tahun setengah dah. Bayangkanlah saya hanya keluar apabila mahu dirawat di hospital saja. Lepas tu terperuk balik dirumah. Jadi bila sudah dapat keluar ni saya rasa heaven sangat.” Luah Baim ketika kami sedang berjalan kaki menuju ke sebuah tasik di sekitar rumah Baim.
Aku memandang Baim. Patutlah dia gembira bila aku mengajaknya keluar.
“Kita duduk kat situ nak tak?” ajakku kepada Baim. Aku menunjukan sebuah kerusi d tepi tasik itu. Baim mengangguk laju. Aku memimpin Baim. Kami duduk dikerusi itu sambil menghirup udara segar.  Kami melihat langit yang terbentang luas. Tasik yang nyaman dan menenangkan. Tiba-tiba Baim memegang tanganku. Lalu dia membawa tanganku ke mulutnya. Aku membiarkan saja.
“Terima kasih Mar, awak sanggup jaga saya di sini, walaupun saya dah nak pergi.”
“Sssshhh”aku meletakan jariku dibibirnya. “Awak jangan cakap begitu Baim, saya cinta kat awak dan saya ikhlas nak jaga awak.”
Sepi!
Tiba-tiba Sekali lagi Baim bersuara. “Saya nak minta maaf pada awak Marsya sebab  saya tinggalkan awak hampir 3tahun lamanya.”
Sekali lagi aku senyum memandang Baim. “Baim saya harap kita dapat lupakan segala hal yang dah terjadi, kita tak perlu ingat kisah sedih tu lagi. Kita buka diari baru. Diari kita hari ini, esok dan selamanya. ” ujarku.
Baim tersenyum dan sekali lagi mengenggam tanganku. Aku sangat bahagia.
*****
Seminggu kemudian...
“Baim ingat esok awak dah start duduk semula di hospital, jadi kita perlu kemas barang-barang awak.” Aku mengingatkan Baim.
Baim merengus. Aku tahu Baim tidak mahu duduk hospital. Tetapi aku tetap memaksanya. Nurse yang merawatnya sudah berulang kali memberitahuku tentang keengganan Baim untuk mendapat rawatan di hospital.
“Kalau kita tak pergi tak boleh ke, nanti saya dah tak dapat keluar dengan awak macam selalu.” Balas Baim.
“Tak boleh Baim awak kena jugak pergi esok. Nanti kita boleh keluar lagikan.”
“Entah sempat entah tidak!” bisik Baim perlahan namun masih boleh didengari.
Aku terpempan. Tiba-tiba hatiku sayu. Sedih mengenangkan hayat Baim yang tinggal tidak kurang dari sebulan.
“Baim awak jangan cakap begitu, saya janji nanti saya bawak awak keluar lagi, ok?”
Baim mengangguk lemah.
Deringan telefon bimbit memecahkan kesunyian. Segera aku mencapai telefon bimbitku dan melihat nama yang tertera di skrin. Abang Iqram!
Segera aku mematikan panggilan tersebut.
*****
Baim muntah lagi entah yang kali keberapa. Aku menjadi risau melihat keadaan Baim yang seakan tidak bermaya. Semalam saja dia sudah muntah sebanyak 10 kali. Berat badannya juga sudah mula turun dengan mendadak.
“Mar tolong ambilkan saya air.”
Aku segera bangun dan menuju ke meja di sebelah katil Baim. Aku mengambil gelas putih dan menuangkan air mineral kedalamnya. Lalu disuakan ke mulut Baim. Selesai minum Baim kembali baring dan menutup matanya rapat.
Aku tahu Baim penat. Badannya juga sudah lemah. Doktor yang merawatnya juga sudah berpesan kepadaku mungkin ini adalah tindak balas anggota badan Baim yang sudah tidak boleh menerima apa-apa makanan lagi. Aku semakin risau.
“Saya harap Cik bersabar ya. Dugaan dari Allah. Pasti ada hikmahnya” Itulah kata-kata terakhir dari doktor Humairah. Doktor yang merawat Baim.
Aku terjaga ketika jam sudah menginjak keangka 4 pagi. Rupanya aku terlelap di atas kerusi disebelah Baim. Baim telah menggengam erat tanganku. aku menarik perlahan-lahan tanganku agar Baim tidak menyedarinya.
Tiba-tiba air mataku jatuh. Entah lah aku tidak dapat membayangkan hidupku tanpa Baim disisi. Aku tidak dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Baim. Jika boleh aku ingin berkongsi sakit itu. Aku mengambil keputusan untuk membuat solat hajat pada pagi itu. Aku ingin meminta pada allah agar memanjangkan umur Baim.
Aku terus mengambil air sembahyang di surau yang berdekatan.
“Ya Allah kau berikan lah kesihatan yang berpanjangan kepada Baim. Hamba mohon padamu Ya Allah jangan lah kau ambil nyawa Baim. Kau ampunkanlah dosa-dosa lalunya. Dan berikanlah kekuatan kepda hambamu sekiranya hambamu ini mendapat dugaan yang maha berat. Amin ya Rabbal Alamin ”
Aku mengaminkan doaku. Dan sekali lagi air mataku gugur.
*****
 Keesokan harinya aku melihat Baim begitu ceria. Dia sedang menulis sesuatu di atas sebuah buku  ketika aku datang. Wajah Baim sudah mula nampak cengkung. Namun tidak sedikit pun akan mengalihkan rasa cintaku kepadanya.
“Mar boleh tak awak bawak saya keluar jalan-jalan. Saya bosan lah duduk kat sini.” Ujar Baim ketika aku sedang mengemaskan barang-barangnya.
“Tak boleh sayang, kan doktor dah cakap awak tak boleh terdedah dengan persekitaran kat luar sana.”
Baim diam.
Aku tahu Baim merajuk. Namun aku harus mengikuti prosedur hospital.
“saya minta sekali ini saja Mar, lepastu kalau awak nak saya duduk selamya kat sini pun saya sanggup” pinta Baim beria-ia.
Aku simpati. Aku kasihan melihat Baim. Akhirnya aku mengangguk.
“Baiklah saya boleh bawa awak keluar tapi bukan kat luar sana tapi ada satu tempat yang awak akan rasa tenang sangat. Boleh tak?”
Baim memikir-mikirkan sesuatu. Akhirnya dia mengangguk kegembiraan.
*****

Aku memegang tangan Baim. Baim membalasnya. Kami merenung kebawah bangunan itu. Terdapat banyak kenderaan yang lalu lalang. Aku membawa Baim datang ke atas bangunan hospital. Atas dasar simpati pihak hospital telah membenarkan aku untuk membawa Baim ke sini. Ternyata Baim sangat gembira.
Kami meluangkan masa bersama-sama menikmati keindahan petang itu. Sesekali aku dapat mendengar gelak tawa Baim yang mentertawakan ku ketika aku masih belajar di sekolah menengah.
“Ingat tak masa kita berdua pergi jalan-jalan dekat kedai cina tu, lepastu anjing gila tu kejar kita.”  Baim mengingatkan ku tentang peristiwa kami dikejar anjing. Aku ketawa besar. Aku merindui suasana itu. Kami berlari dengan sekuat hati untuk lari dari anjing gila tersebut.
Tiba-tiba suasana sepi bila Baim sudah tidak tahu mahu berbual apa. Aku merebahkan kepalaku ke atas bahu Baim. Tangan aku erat digenggam Baim.
Kami melihat keindahan langit dan melihat matahari terbenam bersama.
“Marsya apa rasanya bila kita mati?” aku terperanjat bila mendengar soalan dari Baim.
“Awak tanya soalan apa ni Baim” aku memarahi Baim. Aku tidak mahu Baim memikirkan hal itu.
“Ada banyak perkara yang ingin saya ketawakan bersama awak Mar. Dan ada banyak masa yang nak saya gantikan sepanjang tiga tahun kita tak berjumpa. Tapi saya tahu, saya tak akan sempatkan?”
Stop Baim.” Aku meletakkan jariku ke mulut Baim tanda menyuruhnya diam.
“Awak akan sihat Baim dan lepas awak sihat kita akan kawin dan punya banyak anak yang comel-comel.” Kataku kepada Baim. Baim tersenyum. Lalu tanpa sedar Baim memelukku.
“Janji pada saya Mar. Awak akan kawin dan lahirkan anak-anak saya yang comel bila saya sudah tiada nanti.” aku dapat mendengar esakan dari Baim. Aku tahu dia sedih dan menderita.
“Awak janji Mar.” Sekali lagi Baim menyuruh aku berjanji.
“Saya janji Baim dan saya tahu orang itu adalah awak.” Ujarku sayu. Air mataku sudah deras keluar. Aku sudah tidak dapat menahannya lagi. Aku memeluk erat  Baim. Seolah-olah tidak mahu melepaskanya.
Hatiku berat mengatakan bahawa ini adalah saat terakhir aku bersama Baim. Dan Kuat naluriku berkata ini adalah pelukan terakhir Baim untukku.  
“Saya cintakan awak Marsya sepenuh hati saya.”
*****
Pagi itu Baim muntah lagi. Kali ini terkena bajuku.
“Maaf Mar saya tak sengaja.” Aku mengelengkan kepala. Sungguh aku tidak kisah. Lagi pula Baim sedang sakit. Bukan salah Baim.
Aku melihat Baim seakan sesak nafas. Matanya terpejam. Aku mula risau. Air mataku juga sudah mula berderai satu persatu. “Awak tunggu Baim saya panggilkan doktor”
2 minit kemudian doktor Humairah datang bersama beberapa orang jururawat yang merawat Baim. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan Baim.
Aku mengimpit ketepi. Sumpah aku takut dengan keadaan ini. Air mataku juga sudah laju menuruni pipi. Aku takut akan kemungkinan yang satu itu.
Adakah sudah sampai saatnya Baim pergi dari hidupku. Dan sudah tibakah saatnya Baim pergi menemui sang penciptanya.
Aku menggigil. Badanku basah bermandikan peluh.
Dikejauhan aku dapat melihat Baim sedang bertarung dengan nyawanya. Aku dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Baim. Aku jadi tidak tentu arah lalu aku datang ketepi Baim. Nurse memarahiku namun aku tetap ingin berada disisi Baim.Tangan Baim kupegang erat. Baim membalasnya namun bukan kelembutan yang kuterima tapi Baim memegang kuat tanganku sahingga aku merasa sakit yang teramat. Aku tahu Baim sedang bertarung dengan kesakitan. Aku membiarkan sahaja. jika aku sakit Baim 1000 kali sedang sakit.
“Mar....sya..............” Baim memanggil namaku buat kali yang terakhir lalu aku dapat merasakan tiada lagi genggaman tangan dari Baim. Aku memandang doktor Humairah bagi memastikannya. Doktor Humairah mengganguk.
Aku jatuh terduduk. “Baimmmmmm” jeritku sekuat hati.
*****
Tanggal 12 bulan 9, pagi jumaat. Baim pergi meninggalkanku.
Aku memandang pusara itu. Pusara itu masih merah lagi. Aku melihat banyak taburan bunga yang ada diatas pusara itu. Hatiku hiba, sedih,sunyi dan perih.
Hampir seminggu Baim pergi meninggalkanku. Baru kali ini aku menjejakan kaki ke pusara itu. Aku tiada kekuatan untuk  melihat jenazah Baim dikebumikan.
“Assalamualaikum Baim.” Bisikku perlahan.
Air mataku menitis.
“Mar nak minta maaf sebab tak datang waktu pengebumian Baim. Mar tak kuat.” Aku masih berceloteh sendirian. Mataku memandang pusara Baim.
“Mar datang ni, mar nak bacakan yassin untuk Baim.” Ujarku lagi.
Kali ini air mataku laju berderai. Aku membuka surah yassin perlahan-lahan. Aku membaca Bismillah dan membaca Surah Yassin dengan penuh sayu.
*****
 keesokan harinya, aku didatangi oleh seorang wanita. Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Velvet. Velvet merupakan sepupu kepada Baim. Wanita itu memberikan aku sebuah bungkusan dimana barang-barang tersebut adalah kepunyaan arwah Baim. Aku mengambil bungkusan itu. Aku membukanya.
“Baim pesan dakat akak, jika dia meninggal tolong bagi dekat seorang perempuan yang bernama Marsya.” Ujar Velvet.
Didalam plastik itu terdapat beberapa helai baju dan barang-barang peribadi Baim. Aku mengambil rantai yang telah diberi oleh Baim kepadaku. Air jernih sudah datang ditubir mataku. Rantai itu masih di simpan oleh Baim. Aku mengambil rantai itu dan memakainya.
Selain rantai turut terdapat sebuah buku yang agak tebal. Aku membuka buku itu. Buku itu ditulis oleh Baim sendiri. Buku itu mengenai dirinya. Malah didalam buku itu juga diselitkan juga beberapa keping gambar potrait aku yang dilukis oleh Baim. Aku terharu.
Dan aku amat merindui lelaki bernama Baim.
Baim!! Jeritku kuat.
Aku menangis disitu. Menangis dengan semahu-mahunya.
Baim kembalilah dalam hidupku. Aku amat merinduimu. Terlalu meriduimu.
Jiwaku kosong. Hatiku benar-benar sunyi,sepi dan sakit.
*****
  2013
“Baim nak kemana tu” ujarku bertanyakan kemana anak kecil itu ingin pergi. Namun anak kecil itu hanya mengelengkan kepala tanda tidak tahu.
Aku terus bangun dan mengambil Baim apabila si kecil itu sudah mula mahu berdiri.
“Baim tak boleh pergi sana. Situ tempat orang besar-besar yang main.” Ujarku kepada anak kecil itu apabila dia sudah mula menangis.
Kemudian anak kecil itu meronta lagi.
“Bagi abang pulak lah yang pegang Baim.” Kata seorang lelaki yang datang ke arahku.
Kemudian si ayah mengambil anak kecil itu dariku. Apabila sampai sahaja anak kecil itu ke pelukan ayahnya, anak itu berhenti menangis. Aku tersenyum. Manja sungguh Baim dengan ayahnya.
Aku memandang jam ditangan lagi 10 minit, flight ku untuk ke Sabah akan berlepas. Aku memandang Abang Iqram.
“Abang jomlah, dah lewat ni.” ajak ku kepada Abang Iqram.
Abang Iqram mengangguk lalu kami bersama beriringan menuju ke bilik berlepas.
*****
Kami tiba ke Sabah ketika itu jam tepat berdenting ke nombor 8 pagi. Seorang pemandu yang disewa sedang menunggu kami. Pemandu yang lebih suka dipanggil Herno itu membawa kami ke sebuah rumah banglo 2 tingkat yang sewaktu dahulu aku pernah kesana.
“Abang tunggu sekejap ya.” Ujarku kepada suamiku, abang Iqram.
Aku mengetuk pintu banglo itu. 2 minit kemudian seorang wanita keluar bersama 2 orang anaknya dan tersenyum memandangku.
“Sampai pun kau. Ingatnya tak sampai.” Flora memelukku erat.
“Marilah masuk Randy dah tunggu dah. Ajak suami dan anak kau sekali.”
Aku mengangguk.  Lalu melangkah ke teksi untuk memanggil abang Iqram.
Aku memandang banglo 2 tingkat itu. Hampir 8 tahun aku meninggalkannya. Dan pada hari ini aku menjejakkan kaki semula kesini. Sejak kepergian Baim, Randy telah duduk dirumah itu bersama Flora.
 Aku masih dapat menghidu bau arwah Baim disini.
Aku tahu rohnya ada disini. Sedang memandangku gembira kerana sudah menunaikan janjinya. Aku sudah berkahwin dengan Abang Iqram dan sekarang sudah mempunyai seorang anak lelaki yang ku berikan nama seperti nama arwah Baim.
Muhamad Eric Ibrahim bin Iqram Danny.
Itulah nama anak lelakiku. Setiap kali aku memandang anak itu, ingatanku pada Baim akan muncul. Dan kenangan aku dan Baim tak akan pudar dalam kotak memoriku selagi aku hidup di atas muka bumi ini.
Baim!!
 Aku sentiasa mengingatinya dan menitipkan doa untuknya agar rohnya tenang di alam sana.
Aku memandang rantai dileherku. Rantai arwah Baim beri kepadaku. Aku tersenyum.  
“Saya cintakan awak Marsya sepenuh hati saya.”
“Baim saya sedang meneruskan hidup saya bersama debu-debu cinta kita.”
Kenangan itu masih segar diingatanku.

TAMAT








2 comments:

  1. cerpen ek ? nice try dear... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u Nadhirah. . ini first cerpen yg saya buat. . haha

      Delete

Assalamualaikum. .
sila tinggalkan komen anda di sini. .
satu pun jadilah. .